Pembangunan Awal Windows 9 Telah Dimulakan?

Pembangunan Awal Windows 9 Telah Dimulakan?

Diterbitkan pada Ogos 11, 2012 oleh .

Dengan Windows 8 yang telah pun mencapai fasa RTM, dan menunggu masa sahaja sebelum ia dilancarkan kepada umum, bersama-sama pengumuman beberapa tablet dan juga komputer baru, kini ia kelihatan Microsoft telah pun memulakan langkah awal untuk sistem operasi generasi berikutnya, iaitu Windows 9.

Perkara ini ditemui oleh MsftKitchen, dimana menemui profil pembangun dan pekerja di Microsoft, dengan memperlihatkan mereka mula menggunakan nama Windows 9 untuk sistem operasi generasi baru daripada Microsoft.

Memandangkan Microsoft masih belum melancarkan Windows 8 kepada umum lagi, semestinya kita masih tidak boleh menjangka apakah yang bakal dibawakan oleh Windows 9 kelak. Mungkin kita akan mula mendengar mengenai sistem operasi generasi akan datang daripada Microsoft ini dalam beberapa bulan selepas Windows 8 dilancarkan kelak.

Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN