Cari @ Amanz

Mungkin ramai antara kita yang mempunyai lebih daripada satu akaun Google, dan ia agak sukar untuk log masuk ke dua akaun pada sesuatu masa sebelum ini. Untuk mengatasi perkara ini, Google sendiri kini menyediakan kemudahan, sekaligus memudahkan para pengguna menukar dari satu akaun ke yang lain dengan pantas.

Untuk mengaktifkan perkara ini, terlebih dahulu, para pengguna perlu menambah akaun Google anda pada halaman khas yang disediakan oleh Google. Proses ini adalah amat mudah, dimana para pengguna hanya perlu klik pada tambah akaun, dan seterusnya log masuk ke sesuatu akaun seperti biasa.

Sebaik sahaja anda log masuk, akaun baru anda akan ditambah secara automatik, membolehkan anda bertukar-tukar antara sesuatu akaun dengan yang lain melalui menu pada penghujung atas-kanan pada setiap produk Google, dan bukan hanya pada GMail sahaja.

Bagi anda yang mempunyai lebih daripada satu akaun, mungkin boleh menambahnya pada akaun anda hari ini, dan mula menguruskan akaun Google anda dengan lebih mudah lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd