Selepas diperkenalkan pada laman Google.com sebelum ini, kini sokongan Knowledge Graph turut diperluaskan kepada Google Malaysia, membolehkan para pengguna melihat informasi diperlihatkan dalam bentuk yang menarik apabila mereka melakukan sesuatu carian.
Dengan sokongan Knowledge Graph, kini para pengguna boleh mendapatkan jawapan untuk sesuatu soalan yang dicari dengan lebih mudah dan pantas, berbeza dengan sebelum-sebelum ini.
Buat masa ini, ia hanya menyokong untuk carian berbahasa Inggeris sahaja, dan masih tidak diketahui lagi bilakah sokongan bahasa Malaysia akan diperkenalkan padanya. Selain pada desktop, para pengguna juga turut sama boleh menggunakan sokongan ini pada peranti mudah-alih mereka.