Info Berkaitan Cip Samsung Exynos 5 Dual Diperlihatkan

Info Berkaitan Cip Samsung Exynos 5 Dual Diperlihatkan

Diterbitkan pada Ogos 11, 2012 oleh .

Samsung akhirnya telah pun mengeluarkan maklumat mengenai cip pemprosesan terbaru mereka, iaitu Exynos 5250, yang mana memperlihatkan penambahan pelbagai spesifikasi, menjadikan ia antara yang terbaik.

Cip pemprosesan Exynos 5250 ini membawakan pemprosesan CPU dwi-teras 1.7GHz, disertakan bersama cip GPU Mali empat-teras, sokongan USB 3.0, sokongan resolusi sehingga 2560×1600, serta sokongan OpenGL ES3.0 dan juga DirectX 11.

Buat masa ini, bilakah peranti dengan cip pemprosesan ini akan dilancarkan masih tidak diketahui lagi. Namun, memandangkan ia menyertakan sokongan DirectX 11 padanya, mungkin kita akan dapat melihat selain daripada peranti Android, ia juga turut digunakan pada tablet Windows dan sebagainya.

Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN