Cari @ Amanz

Agak lama kita tidak melihat sebarang pelancaran tablet baru di Malaysia, dan terkini, Acer Malaysia melalui halaman Facebook mereka mengatakan, Acer Iconia Tab A700 dan juga Acer Iconia Tab A701 bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Kedua-dua versi ini membawakan skrin bersaiz 10-inci dengan resolusi 1920×1200 pixel padanya. Ia dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.3GHz NVIDIA Tegra 3 dan didatangkan bersama-sama dengan kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, serta bateri berkapasiti 9800 mAh dengan masa bertahan sehingga 10 jam. Untuk sistem operasi pula, ia menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya.

Menurut Acer Malaysia, ia kelak akan didatangkan dalam dua pilihan warna, iaitu warna hitam untuk versi WiFi, dan juga warna Silver untuk versi 3G, dimana kedua-duanya dengan kapasiti storan sebesar 32GB. Harga kedua-dua peranti ini dan tarikh pelancarannya bakal diumumkan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd