Cari @ Amanz

Bagi mereka yang biasa CAD, mungkin sedia mengenali beberapa aplikasi sedia ada, seperti AutoCAD, TiffinCAD dan sebagainya. Dan salah satu alternatif sumber terbuka untuknya adalah FreeCAD yang masih lagi pada peringkat awal pembangunan.

FreeCAD, selain daripada percuma, ia juga turut menyokong pelbagai dokumen dan format popular, termasuk DXF, SVG, STP/STEP, OCA/GCAD, IGS/IGES dan sebagainya. Selain daripada sokongan 3D padanya, ia juga turut membawakan sokongan objek 2D padanya.

FreeCAD masih lagi pada peringkat pembangunan awal, dimana baru sahaja mencapai versi 0.12. Walaupun ia hanya pada peringkat permulaan, namun telah mula menerima pelbagai komen positif daripada ramai pengguna seluruh dunia.

Kami akan mencubanya sendiri, dan menyediakan ulasan dalam beberapa minggu akan datang. Sementara itu, sekiranya anda berminat, mungkin turut sama boleh memuat-turun FreeCAD hari ini, dan mencubanya sendiri sebagai alternatif kepada beberapa perisian lain di pasaran. Selain daripada Windows, ia juga turut sama boleh digunakan pada OS X dan juga Linux.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd