Cari @ Amanz

Jikalau anda menggunakan uTorrent sebelum ini, mungkin anda sedia maklum, versi percumanya disokong dengan tawaran toolbar khas bersama-sama dengannya. Namun ia akan berubah tidak lama lagi, apabila kini ia diumumkan uTorrent akan menyertakan iklan berbayar pada perisian tersebut.

Iklan terbaru ini kelak akan diperlihatkan pada bahagian bawah navigasi pada perisian tersebut, memperlihatkan pelbagai torrent daripada penyedia kandungan, termasuk filem, permainan, muzik, perisian dan sebagainya.

Perkara ini, semestinya secara tidak langsung akan membolehkan syarikat disebaliknya, BitTorrent Inc menjana pendapatan daripada penawaran perisian tersebut. Disamping itu, untuk mengelakkan melihat iklan dan sebagainya, aplikasi berbayar, uTorrent Plus akan disediakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd