CyanogenMod 9 Mencapai Fasa Stabil

CyanogenMod 9 Mencapai Fasa Stabil

Diterbitkan pada Ogos 12, 2012 oleh .

Setelah sekian lama dalam pembangunan, akhirnya kini CyanogenMod 9 telah pun mencapai fasa stabil, membolehkan ia digunakan pada pelbagai peranti Android, sekaligus menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich pada beberapa peranti yang tidak lagi menerima sokongan rasmi daripada pengeluar peranti.

Dengan pelancaran ini juga, pembangunnya turut mengumumkan yang mana mereka selepas ini hanya akan memfokuskan kepada kemaskini kritikal sahaja, dan semua pasukan pembangun kini akan memfokuskan kepada pembangunan CyanogenMod 10 yang berasaskan kepada Android 4.1 Jelly Bean.

CyanogenMod 9 boleh digunakan pada pelbagai peranti, termasuk Samsung Galaxy S, Galaxy S2, Galaxy Nexus, Nexus S, Xperia Arc, Xperia Neo, Xperia Mini Pro, HTC Sensation, dan pelbagai peranti lain, termasuk beberapa tablet dan juga Galaxy Note.

Bersama-sama dengan pengenalan CyanogenMod 9, ia juga turut sama membawakan sokongan OTA (Over The Air), membolehkan pengguna menikmati kemaskini semasa untuk ROM mereka, sekaligus mengelakkan daripada perlu flash ROM baru setiap masa.

Bagi anda yang telah mencubanya, jangan lupa berkongsi pendapat anda berkaitan dengannya bersama kami.


TIPS & ULASAN