Cari @ Amanz

Sukan Olimpik edisi 2012 telah pun tamat, dan semestinya salah satu perkara yang dirindui ramai adalah permainan ringkas yang dibawakan oleh Google bersempena dengan sukan Olimpik, iaitu sebanyak empat doodle khas berbentuk permainan.

Walaupun kini, ia tidak lagi diperlihatkan pada halaman utama Google, mereka yang berminat masih boleh memainkan doodle kegemaran mereka pada bila-bila masa, dimana Google telah pun menambah ianya pada koleksi doodle mereka, sekaligus menyediakan halaman khas untuk setiap doodle mereka.

Sama seperti pada halaman utama, para pengguna boleh memainkan permainan ini menggunakan papan kekunci komputer mereka, ataupun menyambungkan gamepad pada komputer anda dan menggunakan Chrome dalam mengawalnya.

Bagi anda yang berminat, boleh melayari halaman khas untuk permainan tersebut, dan mula bersaing markah dengan rakan-rakan anda yang lain hari ini;

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd