Cari @ Amanz

Agak lama kita tidak mendengar sebarang berita mengenai aplikasi berbentuk permainan daripada pembangun tempatan. Terbaru, yang dalam fasa pembangunan akhir adalah permainan Super Slipper untuk Android, yang dijangka akan dilancar seawal hari ini.

Permainan Super Slipper ini membawakan permainan tradisi yang popular dikalangan pengguna tempatan, iaitu Baling Selipar ataupun yang turut dikenali sebagai Kaki Tiga, ke peranti Android. Permainanya dimainkan dengan para pengguna swipe jejari atas selipas supaya ia dibaling ke sasaran.

Daripada demo yang diperlihatkan, permainan Super Slipper ini dilihat membawakan pelbagai tahap. Namun, kami masih tidak diketahui lagi bagaimanakah setiap tahap akan berbeza, dan apakah cabaran yang bakal disediakan untuk para pemain.

Permainan ini dijangka akan dilancarkan pada Google Play Store seawal hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd