Carian
MPH Membawakan Aplikasi Ebook Untuk Para Pengguna Tablet Samsung
August 13, 2012 Aman

Dunia buku digital semakin berkembang dari hari ke hari di Malaysia, dimana selepas Maxis sebelum ini melancarkan aplikasi ebuuk mereka, kini MPHOnline bekerjasama dengan Samsung, dalam menawarkan aplikasi ebook khas mereka kepada para pengguna tablet Samsung dan Android yang lain.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, ia masih tidak disenaraikan pada Google Play Store, dan memerlukan para pengguna tablet Samsung memuat-turunnya daripada Samsung Apps, sebelum dapat menggunakannya.

Melalui aplikasi ini, MPH menawarkan akses kepada lebih daripada 200,000 ebook. Pihak MPH turut mengatakan senarai judul yang tersenarai dikemaskini hampir setiap hari, menawarkan pelbagai pilihan menarik kepada para pembaca.

Selain daripada melalui aplikasi yang disediakan, para pengguna juga turut sama boleh mengakses tawaran pihak MPH untuk ebook, melalui halaman khas mereka, disamping menggunakan aplikasi desktop dan sebagainya dalam mengakses MPHDigital.

Komen