McAfee Bakal Memperkenalkan Aplikasi Untuk Mengelakkan Gambar Facebook Anda Disalah-guna

McAfee Bakal Memperkenalkan Aplikasi Untuk Mengelakkan Gambar Facebook Anda Disalah-guna

Diterbitkan pada Ogos 13, 2012 oleh .

Facebook kini telah menjadi antara medium sosial utama, dimana para pengguna berkongsi pelbagai gambar peribadi dan sebagainya bersama rakan-rakan mereka. Namun, dengan pelbagai sokongan sosial yang diperkenalkan oleh Facebook, ia sekaligus membolehkan orang yang tidak berkenaan turut melihat ataupun mengakses gambar-gambar anda.

Untuk mengelakkan daripada gambar anda disalah-guna mahupun menjadi mangsa pihak tidak berkenaan, McAfee kini bakal memperkenalkan sebuah aplikasi khas, yang mana akan melindungi gambar anda daripada dilihat mahupun dimuat-turun oleh orang lain.

Dikenali sebagai McAfee Social Protection, oa membolehkan para pengguna memuat-naik gambar dengan pelbagai tetapan, dimana apabila ia diakses oleh orang lain yang bukan rakan anda, gambar tersebut dipudarkan secara automatik. Anda juga turut boleh menetapkan supaya para pengguna tidak boleh memuat-turun gambar anda, atau menggunakan aplikasi rakaman skrin untuk merakamkan gambar anda.

Buat masa ini, ia masih dalam ujian beta tertutup, dan McAfee dijangka akan memperkenalkannya kepada para pengguna dalam bentuk beta terbuka pada penghujung bulan ini. Sementara itu, bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan minat anda, dan mendapatkan emel sebaik sahaja aplikasi tersebut dilancarkan kelak.


TIPS & ULASAN