Carian
Google Mula Memperkenalkan URL Yang Lebih Kemas Untuk Google+
August 14, 2012 Aman

Nampaknya, Google dengan fokus utama mereka kepada laman sosial Google+, kini turut sama telah mula memperkenalkan URL yang lebih ringkas dan menarik kepada beberapa halaman profil, sekaligus memberikan petanda ia akan diperkenalkan dengan lebih meluas dalam masa terdekat kepada semua.

Bermula hari ini, beberapa halaman, seperti +Google, +Android, +Toyota dan sebagainya telah pun mula menerima URL yang lebih ringkas dan mudah diingati, mengantikan URL panjang yang penuh dengan pelbagai angka rawak.

Untuk fasa awal pengenalan ini, hanya beberapa halaman yang disahkan, terutamanya halaman profil selebriti dan juga jenama yang menerimanya dulu, sebelum ia diperkenalkan kepada semua pengguna tidak lama lagi.

Sebagai perbandingan, Facebook juga mengambil masa yang agak lama sebelum memperkenalkan sokongan URL yang lebih ringkas dan menarik untuk pengguna mereka, dimana ia hanya diperkenalkan sekitar tahun 2009.

Komen