RIM Akan Melesenkan BlackBerry 10 Kepada Pengeluar Peranti Lain

RIM Akan Melesenkan BlackBerry 10 Kepada Pengeluar Peranti Lain

Diterbitkan pada Ogos 14, 2012 oleh .

Perkara berkaitan RIM melesenkan perisian BlackBerry 10 mereka kepada pengeluar pihak ketiga telah pun diura-ura untuk sekian lama, dan hari ini, melalui temuramah bersama pihak Bloomberg, pihak Research In Motion mengesahkan yang mana mereka boleh melesenkan perisian tersebut kepada pihak pengeluar peranti lain.

Menurut CEO RIM, kini platform BlackBerry 10 dalam fasa terakhir ujian, dan mungkin dalam masa sebulan dua, ia akan siap sepenuhnya. Peranti BlackBerry 10 baru dijangka akan diperkenalkan pada bulan Januari tahun hadapan – 2013.

Selain daripada itu, pihak RIM juga sedang mencari cara baru untuk menambah tawaran perniagaan mereka, selain daripada menyediakan peranti pintar, dan juga platform komunikasi.

Jadi mungkinkah kita akan dapat melihat Samsung ataupun HTC hadir dengan peranti berplatformkan BlackBerry 10


TIPS & ULASAN