Wikipedia Bakal Diberikan Nafas Baru Melalui Projek Athena

Wikipedia Bakal Diberikan Nafas Baru Melalui Projek Athena

Diterbitkan pada Ogos 14, 2012 oleh .

Bagi mereka yang sering menggunakan Wikipedia, semestinya ketahui akan yang mana laman tersebut tidak mengalami sebarang perubahan dari segi rekabentuk, dan perkara tersebut bakal berubah tidak lama lagi, dengan Projek Athena, dalam usaha untuk menjadikan Wikipedia lebih menarik lagi.


Athena seperti diperlihatkan pada Wikimania 2012 [via]

Selain daripada perubahan pada rekabentuk, pihak Wikipedia juga turut sama merancang beberapa fungsi baru untuk laman rujukan ramai tersebut, sekaligus memudahkan lagi proses para penyumbang untuk menambah kandungan dan sebagainya.

Antara matlamat melalui Projek Athena buat masa ini adalah termasuk sokongan notifikasi masa-nyata, rekabentuk antaramuka yang lebih moden, sokongan menyumbang kandungan menggunakan peranti mudah-alih, dan pelbagai perkara tambahan lain, dimana memfokuskan kepada penyumbang artikel dan juga bagi mereka yang menggunakan laman tersebut sebagai rujukan.

Bagi anda yang sering menggunakan Wikipedia, adakah anda selesa dengan rekabentuk sedia ada, ataupun inginkan sesuatu yang lebih moden untuknya?


TIPS & ULASAN