Windows Phone 8 Mungkin Dilancarkan Seawal September Atau Oktober Ini?

Windows Phone 8 Mungkin Dilancarkan Seawal September Atau Oktober Ini?

Diterbitkan pada Ogos 14, 2012 oleh .

Beberapa ura-ura kini mengatakan yang mana Microsoft mungkin akan mengumumkan pelancaran rasmi platform mudah-alih generasi baru mereka, Windows Phone 8 pada 30 September atau 1 Oktober kelak. Bersama-sama dengannya mungkin beberapa peranti daripada rakan kerjasama Microsoft yang akan diumumkan bersama.

Untuk makluman, rakan kerjasama rapat Microsoft untuk Windows Phone, iaitu Nokia bakal mengadakan sebuah acara khas pada awal bulan September ini, yang mana mengikut laporan awal, Nokia bakal memperkenalkan dua peranti Windows Phone 8 kepada umum.

Sekiranya ini benar, maka mungkin kita akan dapat melihat beberapa fungsi baru Windows Phone yang memfokuskan kepada pengguna diumumkan bersama pada acara tersebut.

Selain daripada Nokia, antara rakan kerjasama lain yang bakal hadir bersama dengan peranti Windows Phone 8 adalah termasuk ZTE dan juga HTC.

Buat masa ini, apa yang diketahui adalah Windows Phone 8 bakal membawakan skrin permulaan yang baru, disamping menyokong NFC, multi-cores, dan sebagainya, serta didatangkan dengan integrasi VoIP padanya.


TIPS & ULASAN