Aplikasi Al Fatihah Kids Diperkenalkan Untuk Pengguna iOS

Aplikasi Al Fatihah Kids Diperkenalkan Untuk Pengguna iOS

Diterbitkan pada Ogos 14, 2012 oleh .

Terdapat beberapa aplikasi mudah-alih yang memfokuskan kepada pembelajaran, seperti salah satunya sebelum ini adalah MyIqra. Terkini, pihak Digital Durian memperkenalkan aplikasi terbaru mereka, dinamakan sebagai Al Fatihah Kids, memfokuskan kepada kanak-kanak untuk mempelajari Al-Fatihah dalam kaedah interaktif.

Seperti pada namanya, aplikasi ini memfokuskan kepada kanak-kanak berusia 3 tahun dan ke atas, dimana ia memudahkan mereka mempelajari Surah Al-Fatihah, termasuk membaca dan mendengar kepadanya.

Bagi mereka yang ingin akan aplikasi berbentuk pembelajaran untuk memudahkan pembelajaran dan pemahaman anak-anak anda, boleh memuat-turun Al-Fatihah for Kids ini daripada AppStore. Menurut pembangunnya, versi Android juga turut dalam perancangan, namun tiada sebarang tarikh diberikan buat masa ini.


TIPS & ULASAN