Lebih 235 Juta Pengguna Aktif Memainkan Permainan Pada Facebook

Lebih 235 Juta Pengguna Aktif Memainkan Permainan Pada Facebook

Diterbitkan pada Ogos 14, 2012 oleh .

Dengan pengenalan Facebook AppCenter, bilangan mereka yang aktif memainkan permainan sosial pada platform Facebook turut sama meningkat, dimana melalui angka terkini yang dikeluarkan gergasi sosial tersebut, kini seramai 235 juta pengguna memainkan permainan pada Facebook.

Dan dengan pengenalan AppCenter, bilangan mereka yang aktif memainkannya adalah lebih tinggi, dimana sebanyak 35% pengguna kembali memainkannya setiap hari, berbeza dengan sebelum-sebelum ini.

Buat masa ini, kami masih lagi belum menemui permainan yang dibangunkan pembangun tempatan pada Facebook. Namun, mungkin perkara tersebut berubah tidak lama lagi, dengan angka pengguna Facebook di Malaysia sahaja melangkaui 12 juta orang pengguna.


TIPS & ULASAN