Pengumuman rasmi berkaitan Galaxy Note 2 oleh pihak Samsung hanya tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi, dan semestinya ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah dan apakah ia akan kelihatan seperti kelak. Kini, sebuah gambar awal diperlihatkan, mengatakan ia sebagai rekabentuk untuk Galaxy Note.
Daripada gambar yang diperlihatkan, ia memperlihatkan Galaxy Note 2 direkabentuk dengan mengambil inspirasi Galaxy S2, dan dibesarkan kepada saiz sekitar 5.5-inci. Namun, kesahihan gambar ini tidak dapat disahkan lagi buat masa ini. Ruangan dimanakah S-Pen akan dilokasikan juga turut menjadi tanda tanya buat masa ini.
Mengikut ura-ura sebelum ini, Galaxy Note 5.5-inci dikatakan akan membawakan cip pemprosesan empat-teras Exynos 4 Quad, serta kamera 8-megapixel sama seperti Galaxy S3 padanya.
Samsung dijangka akan membuat pengumuman rasmi berkenaan dengan Galaxy Note 2 ini pada penghujung bulan ini.