Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan perkongsian gambar yang diperkatakan sebagai rekabentuk Galaxy Note 2, pihak GSMArena juga berkongsi berita gembira untuk para pengguna Samsung Galaxy S3, dimana mengikut sumber mereka, kemaskini Jelly Bean dijangka akan diumumkan untuk pengguna Galaxy S3 seawal 29 Ogos ini.

Pengumuman berkaitan dengan kemaskini Jelly Bean untuk Galaxy S3 ini dijangka akan dibuat bersama-sama ketika acara pelancaran Galaxy Note 2 kelak.

Perkara ini masih tidak disahkan oleh pihak Samsung secara rasminya buat masa ini. Namun, semestinya ia sesuatu yang dinantikan oleh para pengguna Galaxy S3. Selain daripada kemaskini rasmi, pengguna yang berminat juga boleh mencuba CyanogenMod 10 Preview pada peranti Galaxy S3 anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd