SkyDrive.com Diberikan Nafas Baru – Aplikasi Android Bakal Hadir Tidak Lama Lagi

SkyDrive.com Diberikan Nafas Baru – Aplikasi Android Bakal Hadir Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 15, 2012 oleh .

Ketika pelancaran Outlook.com tempoh hari, ramai yang gemar akan rekabentuk baru yang dibawakan olehnya, yang kemas dan moden. Kini, dengan konsep serupa, SkyDrive.com dilancarkan, membolehkan anda membuat beberapa perkara dengan mudah melaluinya.

Aplikasi web SkyDrive.com kini menawarkan sokongan carian pantas yang turut menyokong carian kandungan didalam sesebuah dokumen yang disimpan pada SkyDrive. Perkara ini semestinya amat berguna bagi mereka yang menyimpan pelbagai dokumen, dan ingin membuat carian untuk sesuatu topik atau kata kunci spesifik.

Selain daripada itu, Microsoft turut sama memperkenalkan aplikasi web SkyDrive baru untuk pengguna Windows, menawarkan pelbagai pembaharuan, termasuk sokongan memuat-naik yang lebih pantas.

Selain daripada versi web dan juga sokongan untuk aplikasi desktop, Microsoft turut sama bakal memperkenalkan aplikasi rasmi SkyDrive untuk Android dalam seminggu dua lagi, membolehkan para pengguna mengakses dan memuat-naik dokumen mereka dengan mudah menggunakan peranti Android.


TIPS & ULASAN