Akaun Berdaftar Untuk Outlook.com Melangkaui Angka 10 Juta

Akaun Berdaftar Untuk Outlook.com Melangkaui Angka 10 Juta

Diterbitkan pada Ogos 15, 2012 oleh .

Selepas melangkaui angka 1 juta dalam tempoh kurang 24 jam, kini Microsoft telah pun mengeluarkan statistik terkini untuk perkhidmatan emel Outlook.com mereka, dimana buat masa ini, jumlah akaun berdaftar untuknya telah pun melangkaui angka 10 juta pengguna.

Outlook.com telah diperkenalkan oleh Microsoft pada 1 Ogos yang lepas, membawakan bukan sahaja perkhidmatan emel yang direkabentuk semula dengan antaramuka yang moden dan ringkas, tetapi turut sama menawarkan alamat emel @outlook.com secara percuma kepada pengguna.

Dan dengan Windows 8 yang bakal hadir tidak lama lagi, sokongan Outlook bakal diintegrasikan padanya dengan mendalam, sekaligus mungkin akan membuatkan angka pengguna Outlook.com terus bertambah dari hari ke hari.

Jadi, adakah anda turut sama mendapatkan emel beralamatkan Outlook.com?


TIPS & ULASAN