Cari @ Amanz

Kadang-kala untuk melihat gambar berformat RAW terus daripada kamera anda, ia memerlukan beberapa perisian tambahan, dan mungkin agak sukar untuk pengguna baru. Untuk mengatasi perkara ini, pihak Microsoft sendiri menyediakan salah satu langkah mudah, dengan menawarkan Camera Codec Pack.

Sama seperti beberapa Codec Pack yang lain, dengan Camera Codec Pack daripada Microsoft ini, ia membolehkan para pengguna melihat beberapa format gambar terus pada Explorer, Windows Live Photo dan sebagainya, tanpa memerlukan sebarang perisian tambahan.

Camera Codec Pack ini ditawarkan oleh Microsoft dalam dua variasi, iaitu 32-bit dan juga 64-bit, dan hanya ditawarkan untuk sistem operasi Windows Vista SP2 dan juga Windows 7 sahaja.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Camera Codec Pack ini secara percuma ke komputer anda, dan pada masa yang sama, menyemak terlebih dahulu sama ada kamera anda disokong ataupun sebaliknya melalui halaman khas yang disediakan oleh Microsoft.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd