Windows “Blue” Bakal Diperkenalkan Pada Tahun Hadapan?

Windows “Blue” Bakal Diperkenalkan Pada Tahun Hadapan?

Diterbitkan pada Ogos 15, 2012 oleh .

Dengan pembangunan Windows 8 yang telah pun selesai dan ditetapkan untuk dilancarkan pada 26 Oktober kelak, kini berita dan ura-ura berkenaan sistem operasi generasi akan datang daripada Microsoft telah pun mula kedengaran sedikit demi sedikit.

Seperti anda ketahui, beberapa pekerja Microsoft telah pun mula mengemaskini profil sosial mereka dengan menyertakan Windows 9 sebagai bidang tugas mereka, dan terkini ia dilaporkan versi Windows akan datang dengan nama kod “Blue” disasarkan untuk pelancaran tahun hadapan.

Daripada laporan awal, ia dikatakan “Blue” ini mungkin menjadi antara kemaskini “Service Pack” yang popular untuk pengguna Windows 8, ataupun didatangkan sebagai kemaskini “Feature Pack”. Untuk kemaskini Service Pack, seperti umum sedia maklum, ia akan didatangkan dengan pelbagai kemaskini sekuriti untuk para pengguna, sebaliknya sekiranya Feature Pack, maka ia akan didatangkan bersama-sama dengan beberapa kemaskini dan fungsi baru bersama-sama dengannya.

Windows “Blue” ini dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan, dan info berkaitan dengannya masih samar-samar buat masa ini.


TIPS & ULASAN