Cari @ Amanz

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, hari ini adalah hari terakhir untuk para pengguna Android memuat-turun aplikasi Adobe Flash, sebelum ia dibuang daripada Google Play Store, sekaligus mematikan kebolehan untuk para pengguna Android baru memasangnya.

Adobe sebelum ini telah pun mengumumkan penghentian pembangunan aplikasi Flash Player untuk peranti mudah-alih pada bulan November lepas. Namun, sehingga ke hari ini, Adobe masih mengeluarkan beberapa kemaskini sekuriti dan sebagainya untuk pengguna Android.

Dan selepas ini, mungkin kita akan dapat melihat lebih ramai pembangun memfokuskan sepenuhnya kepada sokongan HTML5 sebagai ganti kepada Flash, dan mungkin pihak Adobe sendiri mempunyai perancangan untuk HTML5 yang tersendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd