Celcom Menawarkan Pakej Jalur-Lebar Mudah-Alih Menarik Melalui Celcom First Data

Celcom Menawarkan Pakej Jalur-Lebar Mudah-Alih Menarik Melalui Celcom First Data

Diterbitkan pada Ogos 15, 2012 oleh .

Bagi anda yang mengikuti perkembangan Celcom, mungkin sedia maklum akan berkenaan dengan pakej baru mereka, dinamakan sebagai Celcom First Data. Seperti pada namanya, Celcom First Data menawarkan sokongan internet mudah-alih kepada para pengguna peranti mudah-alih bila-bila masa dan dimana sahaja anda berada.

Celcom sedia terkenal sebagai syarikat jalur-lebar mudah-alih nombor satu di Malaysia, menawarkan pelan pascabayar dan juga prabayar. Dengan liputan yang meluas di Malaysia, ia sekaligus membolehkan para pengguna menikmati sokongan rangkaian internet bila-bila masa dan dimana sahaja mereka berada.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan perkhidmatan Celcom First Data ini dalam dua pilihan pelan menarik, iaitu Celcom First Data mAdvance Plus dengan komitmen bulanan sebanyak RM68 dan juga Celcom First Data mPro Plus dengan komitmen bulanan sebanyak RM88.

Sekiranya anda inginkan sebarang kuota tambahan, Celcom menawarkannya pada harga tambahan, iaitu:

  • 100MB – RM3
  • 500MB – RM10
  • 1GB – RM15
  • 5GB – RM50

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Celcom First Data, anda boleh rujuk laman rasmi Celcom hari ini.

Advertorial daripada Celcom.


TIPS & ULASAN