Hari ini, dua gajet diperkenalkan untuk pasaran Malaysia, iaitu selain daripada ZTE Acqua, Sony Malaysia turut sama melancarkan Xperia Acro S untuk pasaran Malaysia, dan sudah boleh didapati daripada semua pengedar rasmi Sony bermula hari ini.
Sony Acro S membawakan skrin sebesar 4.3-inci dengan paparan HD Reality 720P, kamera 12-megapixel, sokongan PlayStation, rakaman video sehingga 1080p menggunakan kamera belakang dan 720p menggunakan kamera hadapan. Xperia Acro S dijana menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5Ghz dan menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan ia pada harga RM1699, dan untuk beberapa pembeli terawal, Sony Malaysia turut sama beberapa aksesori tambahan seperti pengecas di dalam kereta dan juga kabel HDMI serta dua stiker SmartTags. Kami akan berkongsi beberapa rakaman gambar untuk peranti Acro S pada petang ini.