Cari @ Amanz

Dengan era digital ini, ramai yang mula beralih daripada mula menghantar kad raya fizikal kepada SMS, emel, dan sebagainya. Terkini, Maxis turut memudahkan para pengguna menghantar kad raya digital kepada mereka yang tersayang melalui sebuah aplikasi khas untuk para pengguna iOS.

Aplikasi percuma yang dinamakan sebagai Maxis Ucapan Hari Raya ini dioptimasikan untuk pengguna iPhone dan juga iPod Touch, membolehkan para pengguna memilih daripada lebih 20 pilihan templat dan menghantar kepada rakan-rakan melalui Facebook, emel ataupun MMS.

Anda juga boleh menjadikan kad raya lebih interaktif melalui tawaran jenis tulisan dan warna yang dibawakan oleh aplikasi tersebut.

Bagi anda yang menggunakan iOS, boleh memuat-turun aplikasi percuma Maxis Ucapana Hari Raya ini, dan mula menggunakannya dalam menghantar ucapan raya anda kepada rakan-rakan dalam bentuk lebih menarik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd