Nokia Dan Microsoft Bakal Mengadakan Acara Khas Pada 5 September

Nokia Dan Microsoft Bakal Mengadakan Acara Khas Pada 5 September

Diterbitkan pada Ogos 16, 2012 oleh .

Setelah kedengaran berkenaan Nokia yang bakal memperkenalkan beberapa peranti Windows Phone 8 mereka yang baru pada awal September, kini Nokia telah pun mula menghantar emel jemputan rasmi untuk acara tersebut.

Buat masa ini, tiada sebarang informasi rasmi yang diketahui berkenaan dengannya. Namun, daripada apa yang kedengaran sebelum ini, beberapa info berkenaan dengan Windows Phone 8, serta dua peranti baru Nokia akan diperkenalkan pada hari tersebut.

Jadi, bagi anda yang berhajat untuk membeli peranti Windows Phone dalam masa terdekat, mungkin boleh nantikan pengumuman pihak Nokia dan Microsoft pada acara tersebut, sebelum membuat keputusan dan pembelian anda.


TIPS & ULASAN