SwiftKey Dikemaskini Dengan Sokongan Bahasa Malaysia

SwiftKey Dikemaskini Dengan Sokongan Bahasa Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 16, 2012 oleh .

Bagi mereka yang gemarkan aplikasi yang memberikan ramalan perkataan dan juga menjimatkan masa menaip anda pada skrin sentuh, semestinya mengenali akan SwiftKey yang ditawarkan secara percuma dan berbayar untuk Android.

Terkini, aplikasi SwiftKey dikemaskini kepada versi 3.0.1, membawakan bersama-sama dengannya sokongan Bahasa Malaysia, sekaligus memudahkan pengguna tempatan untuk menaip input dalam bahasa Malaysia dengan lebih pantas dan tepat.

Selain daripada sokongan bahasa Malaysia, ia juga turut menyertakan sokongan untuk input berasaskan suara bagi para pengguna Android 4.0 Ice Cream Sandwich dan juga Android 4.1 Jelly Bean.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan SwiftKey secara percuma atau berbayar terus daripada Google Play Store hari ini.

Terima kasih Awang Ilyas.


TIPS & ULASAN