Samsung Galaxy S3 Menjalankan Kemaskini Jelly Bean Rasmi Dipertontonkan

Samsung Galaxy S3 Menjalankan Kemaskini Jelly Bean Rasmi Dipertontonkan

Diterbitkan pada Ogos 16, 2012 oleh .

Kemaskini Android 4.1 Jelly Bean sebelum ini diura-ura akan diperkenalkan kepada para pengguna Samsung Galaxy S3 seawal 29 Ogos ini. Dan kini, menariknya, salah sebuah video hadir daripada AndroidMX, memperlihatkan Jelly Bean yang sedang dijalankan pada Samsung Galaxy S3, dengan menggunakan antaramuka TouchWiz padanya.

Secara kasarnya, ia kelihatan serupa dengan apa yang terdapat pada Galaxy S3 pada hari ini, dan membawakan beberapa penambahan fungsi baru padanya daripada Jelly Bean, seperti sokongan Google Now, notifikasi yang lebih baik, serta lebih pantas berbanding sebelumnya.

Buat masa ini, Samsung masih belum keluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengan kemaskini Jelly Bean untuk Galaxy S3. Namun, daripada video yang kelihatan, mungkin kita akan dapat melihat pengumuman pihak Samsung berkaitan dengannya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN