Cari @ Amanz

iPad Mini bersaiz sekitar 7-inci telah pun hangat diperkatakan sejak daripada tahun lepas, dan mengikut beberapa laporan, ia bakal diumumkan bersama-sama dengan iPhone generasi baru pada 12 September kelak. Menariknya, beberapa rekabentuk konsep daripada perekabentuk bebas turut diperlihatkan, berdasarkan kepada info awal yang didapati akhir-akhir ini.

Ia juga direkabentuk berdasarkan kepada salah satu bahagian yang kini dalam pengeluaran yang diperlihatkan di internet baru-baru ini.

Info penuh berkaitan dengan iPad Mini ini masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini. Namun ramai mengatakan ia bakal bersaing dengan beberapa tablet dengan saiz sama, terutamanya Nexus 7 dan juga Kindle Fire, serta memfokuskan kepada kandungan seperti buku digital, video dan sebagainya.

Jadi, sekiranya versi akhir kelak kelihatan seperti ini, adakah anda akan mendapatkannya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd