Instagram 3.0 Diperkenalkan – Membawakan Fungsi Photo Maps

Instagram 3.0 Diperkenalkan – Membawakan Fungsi Photo Maps

Diterbitkan pada Ogos 17, 2012 oleh .

Hari ini, pembangun aplikasi perkongsian gambar popular, iaitu Instagram telah pun memperkenalkan secara rasminya kemaskini aplikasi mereka kepada versi baru, iaitu Instagram 3.0 yang mana bersama-sama dengannya turut menyertakan fungsi baru dinamakan sebagai Photo Maps.

Photo Maps membolehkan anda melayari gambar-gambar yang dikongsikan berasaskan geolokasi, dimana anda boleh melihat gambar-gambar yang dikongsikan dengan paparan diatas peta.

Selain daripada fungsi baru Photo Maps, Instagram 3.0 turut sama membawakan beberapa kemaskini, terutamanya berfungsi lebih pantas dan dioptimasikan untuk pelbagai peranti. Ia turut membawakan rekabentuk baru untuk beberapa halaman, termasuk halaman profil, tab Explore dan sebagainya, yang mana memfokuskan kepada paparan gambar yang lebih besar. Sokongan untuk memadamkan komen atau melabelkannya sebagai Spam juga turut disertakan melalui Instagram 3.0.

Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang pengumuman berkaitan versi web mereka buat masa ini. Bagi anda yang berminat, boleh mengemaskini aplikasi Instagram anda, ataupun memuat-turun Instagram untuk Android atau iOS hari ini.


TIPS & ULASAN