Xiaomi MI2 Membawakan Cip Pemprosesan Empat-Teras 1.5GHz Dan Jelly Bean

Xiaomi MI2 Membawakan Cip Pemprosesan Empat-Teras 1.5GHz Dan Jelly Bean

Diterbitkan pada Ogos 17, 2012 oleh .

Terdapat pelbagai pilihan peranti Android di pasaran, dan semestinya ramai yang inginkan peranti berkuasa dengan menggunakan platform Android yang terkini. Xiaomi, salah satu pengeluar dari China, terkini telah pun memperkenalkan Xiaomi Phone 2, membawakan bersama-sama dengannya peranti Android terbaru yang menggunakan Jelly Bean padanya.

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Phone 2 membawakan skrin sentuh seluas 4.3-inci, cip pemprosesan empat-teras Qualcomm Snapdragon S4 Pro, memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan terbina sebesar 16GB, dan juga bateri berkapasiti 2,000 mAh padanya. Untuk rakaman gambar pula, ia membawakan kamera hadapan 2-megapixel dan kamera belakang 8-megapixel padanya.

Dan kesemua ini diumumkan pada harga hanya $310 (kurang RM1000). Namun, ia masih tidak diketahui adakah peranti ini akan dipasarkan di luar China ataupun tidak buat masa ini.


TIPS & ULASAN