Samsung Galaxy Note Terjual Lebih 10 Juta Unit Seluruh Dunia

Samsung Galaxy Note Terjual Lebih 10 Juta Unit Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Ogos 17, 2012 oleh .

Dengan pengumuman Galaxy Note 2 yang akan berlaku dalam masa kurang 13 hari lagi, kini Samsung hadir dengan statistik jualan baru, dimana menurut mereka, kini, peranti Galaxy Note mereka telah pun terjual lebih daripada 10 juta unit diseluruh dunia.

Peningkatan jualan akhir-akhir ini nampaknya agak drastik, dimana sebelum ini, pada bulan Mac yang lepas, Samsung mengumumkan peranti tersebut hanya dijual sekitar 2 juta unit sahaja seluruh dunia, dan 7 juta unit pada bulan Jun yang lepas.

Pada awal pelancaran peranti Galaxy Note, ia menerima reaksi berbeza, dimana ramai yang mempersoalkan saiz peranti tersebut yang besar. Namun, nyata ia mempunyai pasaran dan peminatnya tersendiri.

Samsung dijangka akan memperkenalkan kemaskini untuknya, iaitu Galaxy Note 2 yang dikatakan membawakan skrin bersaiz 5.5-inci bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN