Gambar Pertama Peranti Samsung Galaxy Note 2 Mula Kelihatan

Gambar Pertama Peranti Samsung Galaxy Note 2 Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Ogos 17, 2012 oleh .

Selain daripada beberapa lakaran konsep sebelum ini, kini sebuah gambar peranti diperlihatkan di arena web, diperkatakan sebagai Galaxy Note 2 yang membawakan skrin bersaiz seluas 5.5-inci, dan bakal diperkenalkan oleh Samsung secara rasminya pada 30 Ogos kelak.

Daripada laman KnowYourMobile, ia mengatakan Galaxy Note 2 ini kelak akan membawakan cip pemprosesan empat-teras Samsung Exynos 4, serta memori sebanyak 2GB RAM bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui adakah Galaxy Note 2 ini bakal menjalankan Ice Cream Sandwich ataupun Jelly Bean. Memandangkan kini beberapa laporan mengatakan Galaxy S3 bakal menerima Jelly Bean seawal 30 Ogos kelak, terdapat kebarangkalian Galaxy Note 2 dijual dengan Jelly Bean.


TIPS & ULASAN