Cari @ Amanz

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan sokongan untuk anda berkongsi lokasi, namun kaedah dan langkah-langkahnya agak menyukarkan dan tidak mesra pengguna. Untuk mengatasi perkara tersebut, kini salah seorang pembangun hadir dengan sebuah aplikasi ringkas untuk Android, dinamakan sebagai myPosition.

Aplikasi myPosition ini menggunakan sokongan GPS terbina pada peranti anda dalam mengetahui lokasi semasa anda, dan membolehkan anda berkongsi lokasi dengan rakan-rakan yang lain, seperti melalui SMS, laman sosial dan sebagainya.

Ia mungkin agak berguna ketika anda sedang dalam perjalanan ke rumah rakan-rakan, dan sesat, sekaligus memudahkan anda memberikan lokasi semasa anda kepada rakan-rakan dengan mudah dan pantas.

Semestinya, selain daripada aplikasi myPosition ini, beberapa aplikasi lain turut boleh digunakan untuk tujuan sama, termasuk Google Maps, FourSquare dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini terus daripada Google Play Store secara percuma hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd