Cari @ Amanz

Selain daripada perang paten antara Samsung dan juga Apple, yang terkini memfailkan saman ke atas Apple adalah Motorola, mengatakan Apple melanggar sehingga 7 hak cipta Motorola Mobility pada produk mereka.

Motorola mengatakan Apple melanggar beberapa paten mereka melalui fungsi yang disertakan pada peranti mudah-alih milik Apple, termasuk aplikasi Siri, peringatan lokasi, notifikasi emel, pemain video dan beberapa lagi.

Ini bukanlah kali pertama Apple dan Motorola bertemu di mahkamah. Sebelum ini, Motorola memfailkan sama ke atas Apple, mengatakan Apple melanggar paten Motorola, iaitu salah satu kaedah untuk komputer menghantar signal melalui WiFi. Keputusan mahkamah berkaitan kes ini dijangka akan diketahui pada 25 Ogos ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd