Valve Mempertontonkan Trailer Penuh Untuk Counter-Strike : Global Offensive

Valve Mempertontonkan Trailer Penuh Untuk Counter-Strike : Global Offensive

Diterbitkan pada Ogos 18, 2012 oleh .

Bagi para peminat permainan Counter-Strike, semestinya ada diantara anda yang telah sedia membuat pra-tempahan untuk permainan terbaru mereka, Global Offensive. Kini, dengan beberapa hari lagi sebelum ia dilancarkan, Valve telah pun memuat-naik video trailer baru mereka untuk permainan tersebut.

Daripada video yang dipertontonkan, para pemain diperlihatkan dua kumpulan, iaitu Terrorist dan juga Counter-Terrorist yang mengalami pelbagai situasi luar jangka ketika menjalankan misi mereka.

Permainan Counter-Strike : Global Offensive ini bakal dijual bermula 21 Ogos ini melalui Steam, yang mana dijangka akan membawakan grafik permainan yang lebih menarik berbanding sebelumnya. Sama-sama kita nantikan pelancarannya untuk PC, PlayStation 3 dan juga Xbox 360.

TIPS & ULASAN