Cari @ Amanz

Nampaknya, Asus sekali lagi menjadi antara yang terawal memperkenalkan kemaskini Android 4.1 Jelly Bean kepada para pengguna mereka, dimana terkini dilaporkan pengguna di Utara Amerika telah pun mula menerimanya, dan berkemungkinan pengguna seluruh dunia turut sama akan menerimanya dalam masa terdekat ini.

Kemaskini Jelly Bean membawakan beberapa perkara baru, terutamanya sokongan notifikasi baru dan juga sokongan Google Now padanya. Namun, pada masa yang sama, kemaskini Jelly Bean ini juga turut sama mematikan sokongan WiFi Direct dan juga Flash pada tablet Asus tersebut.

Buat masa ini, Asus tidak mengeluarkan lagi jadual kemaskini untuk global. Namun, mungkin kita akan dapat melihat ia diperkenalkan kepada semua dalam beberapa minggu lagi untuk pengguna tempatan. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd