Khan Academy Kini Turut Menyertakan Pembelajaran Sains Komputer

Khan Academy Kini Turut Menyertakan Pembelajaran Sains Komputer

Diterbitkan pada Ogos 19, 2012 oleh .

Khan Academy merupakan salah satu penyedia pembelajaran berasaskan web dan juga video yang popular di arena web. Selepas memfokuskan kepada Matematik, Sains dan beberapa yang berkaitan, kini mereka turut sama memperluaskannya kepada pembelajaran Sains Komputer melalui laman mereka.

Seperti Codecademy, anda boleh terus memulakan pembelajaran pengaturcaraan daripada laman Khan Academy, sekaligus mempelajari satu demi satu secara berperingkat melaluinya. Buat masa ini, sebanyak lebih daripada 14 tutorial berbeza berkaitan Sains Komputer, memfokuskan kepada JavaScript sedia terdapat pada Khan Academy.

Buat masa ini, tutorial yang disediakan mungkin berbentuk asas, dan akan ditambah dari semasa ke semasa, dengan lebih banyak bahasa pengaturcaraan disokong padanya.

Sementara itu, bagi anda yang berminat, boleh melayari laman Khan Academy hari ini, dan memulakan pembelajaran anda melaluinya.


TIPS & ULASAN