Pada awal bulan ini, Samsung telah pun memperkenalkan Galaxy Note 10.1 kepada umum dengan harga jualan $499. Harga jualan di Malaysia masih tidak diketahui, namun, bagi anda yang ternanti akan peranti tersebut, pihak Samsung melalui halaman Facebook mereka mengatakan ia akan tiba di Malaysia berkemungkinan seawal bulan September ini.
Samsung Galaxy Note 10.1 dilihat memfokuskan kepada artis dan mereka yang mengambil nota dan melukis menggunakan tablet, dimana ia didatangkan bersama skrin bersaiz 10.1-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera hadapan 1.9-megapixel, kamera belakang 5-megapixel, bateri 7,000mAh dan menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya.
Seperti keluarga Galaxy Note sebelum ini, ia turut didatangkan bersama-sama dengan S-Pen, dan untuk memberikan sokongan yang lebih menarik, Galaxy Note 10.1 turut didatangkan bersama-sama dengan aplikasi Adobe Photoshop Touch secara percuma padanya.
Jadi, sekiranya ia dilancarkan pada bulan September kelak, adakah anda akan membelinya, ataupun menantikan Galaxy Note 2 dilancarkan di Malaysia?