Kabel Data ASE Mula Beroperasi – Menghubungkan Jepun Ke Malaysia

Kabel Data ASE Mula Beroperasi – Menghubungkan Jepun Ke Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 20, 2012 oleh .

Seperti mana yang dinantikan, kini kabel data baru telah pun dibuka di Asia, menghubungkan Jepun, Malaysia, Singapura dan juga Filipina melalui kabel yang dinamakan Asia Submarine-Cable Express (ASE) sepanjang lebih 7,800 kilometer.

Melalui kabel data baru ini, ia membawakan sokongan sistem fiber optik pada kelajuan 40 gigabit sesaat, dan dikatakan sebanyak lebih tiga milisaat pantas berbanding kabel data lain sebelum ini.

Pada masa yang sama juga, dalam usaha untuk mengelakkan bencana, terutamanya gempa bumi dan sebagainya, kabel baru ini mengambil laluan mengikut Filipina, mengantikan kabel yang mengikut Taiwan sebelum ini.

Kabel ASE yang baru ini juga dijangka akan diperluaskan ke Hong Kong pada awal tahun hadapan.


TIPS & ULASAN