Permainan Super Slipper Kini Sedia Dimuat-Turun Semua Pengguna Android

Permainan Super Slipper Kini Sedia Dimuat-Turun Semua Pengguna Android

Diterbitkan pada Ogos 21, 2012 oleh .

Setelah mengalami penangguhan pelancaran selama beberapa hari, akhirnya kini aplikasi Super Slipper yang dibangunkan pembangun tempatan untuk platform Android telah pun diterbitkan di Google Play Store, dan sedia dimuat-turun oleh semua.

Super Slipper membawakan permainan popular “Baling Selipar” atau yang turut dikenali sebagai “Kaki Tiga” ke platform Android, sekaligus membolehkan para pemain bermain permainan tradisional ini pada platform Android mereka.

Sama seperti beberapa permainan popular semasa, ia turut didatangkan dengan beberapa tahap permainan, dimana dengan meningkatnya setiap tahap, kesukaran untuknya bertambah sedikit demi sedikit.

Bagi anda yang menggunakan platform Android, boleh memuat-turun permainan Super Slipper ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.


TIPS & ULASAN