Gambar Awal Kamera Android Daripada Nikon Mula Kelihatan Di Web

Gambar Awal Kamera Android Daripada Nikon Mula Kelihatan Di Web

Diterbitkan pada Ogos 21, 2012 oleh .

Dengan ura-ura berkenaan Nikon yang bakal hadir dengan kamera berasaskan platform Android, semestinya ramai yang menantikan bagaimanakah ia akan kelihatan kelak. Kini, beberapa gambar awal hadir, memperlihatkan bagaimana Nikon Coolpix S800C akan kelihatan kelak.

Daripada gambar yang diperlihatkan, ia mengesahkan beberapa ura-ura sebelum ini, termasuk skrin bersaiz 3.5-inci padanya, serta menjalankan Android 2.3 Gingerbread pada Nikon Coolpix S800C.

Beberapa sokongan lain, seperti sokongan GPS untuk geo-tagging, sokongan WiFi, dan juga kebolehan mengakses Google Play Store turut didatangkan padanya secara terbina.

Nikon dijangka akan mengumumkan kamera berasaskan Android ini pada 23 Ogos kelak. Lebih daripada satu kamera berasaskan Android dijangka akan diumumkan Nikon pada tarikh tersebut.


TIPS & ULASAN