Video Promosi Galaxy Note 2 Dipertontonkan – Bakal Diumumkan Minggu Hadapan

Video Promosi Galaxy Note 2 Dipertontonkan – Bakal Diumumkan Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Ogos 22, 2012 oleh .

Dengan kurang 10 hari lagi sebelum Galaxy Note 2 diperkenalkan, kini Samsung telah pun memulakan promosi awal, dengan memuat-naik sebuah video baru sebagai teaser untuk acara Samsung Mobile Unpacekd 2012 yang bakal diadakan di 30 Ogos 2012 ini.

Buat masa ini, informasi berkaitan dengan Galaxy Note 2 masih lagi samar-samar, dengan laporan awal mengatakan ia akan hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, serta sekali-lagi memfokuskan kepada penggunaan S-Pen pada peranti tersebut kelak.

Pada masa yang sama, melalui video tersebut juga, Samsung menyertakan sebuah pautan khas, menandakan mereka akan menyediakan siaran langsung acara tersebut melalui web, membolehkan para pengguna seluruh dunia mengikutinya secara langsung.


TIPS & ULASAN