Dengan penghujung tahun yang semakin dekat, semestinya ramai yang menantikan peranti Google Nexus yang baru, selain daripada tablet Nexus 7 yang diumumkan baru-baru ini. Dan lanjutan daripada ura-ura sebelum ini mengatakan sebanyak lima peranti Nexus akan hadir, kini laporan baru mengatakan antaranya adalah daripada Sony, LG dan juga Samsung.
Bukan itu sahaja, malah peranti baru dengan model GT-I9260 dengan nama Nexus daripada Samsung telah pun mula kelihatan, membawakan beberapa kemaskini spesifikasi padanya berbanding Galaxy Nexus sedia ada.
Dan semestinya ramai yang akan menantikan peranti Nexus daripada Sony dan juga LG, yang mana dikatakan masing-masing akan hadir dengan LG Optimus Nexus dan juga Sony Xperia Nexus.
Jadi, jikalau anda ingin memiliki peranti keluarga Nexus, siapakah yang bakal menjadi pilihan anda?