Nikon Memperkenalkan Kamera Berasaskan Android – Coolpix S800C Secara Rasmi

Nikon Memperkenalkan Kamera Berasaskan Android – Coolpix S800C Secara Rasmi

Diterbitkan pada Ogos 22, 2012 oleh .

Setelah pelbagai ura-ura sebelum ini, akhirnya hari ini Nikon telah pun mengumumkan kamera terbaru mereka yang menggunakan sistem operasi Android, Nikon Coolpix S800C, dan bakal dijual bermula bulan hadapan di pasaran global.

Kamera Nikon Coolpix S800C ini membawakan lensa zoom optikal 10x, sensor 16-megapixel, skrin sentuh OLED WVGA seluas 3.5-inci, sokongan rakaman video pada 1080p, storan terbina 4GB dan menjalankan Android 2.3 Gingerbread padanya. Pada masa yang sama, ia turut menyertakan sokongan WiFi dan juga GPS terbina untuk membolehkan anda geotag gambar yang dirakamkan.

Harga jualan yang dicadangkan buat masa ini adalah $349.95 (RM1095), dan masih tidak diketahui bilakah ia akan dijual di Malaysia secara rasminya.


TIPS & ULASAN