Sony Xperia SL Bakal Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Sony Xperia SL Bakal Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 23, 2012 oleh .

Bagi para pengemar peranti daripada Sony, mungkin anda ketahui akan peranti terbaru daripada Sony, yang mana merupakan penaik-tarafan untuk Xperia S yang diperkenalkan pada awal tahun ini, iaitu Xperia SL. Dan menariknya, pihak Sony Malaysia telah pun mengesahkan peranti tersebut akan hadir ke Malaysia tidak lama lagi.

Xperia SL membawakan skrin seluas 4.3-inci dengan paparan resolusi tinggi, kamera hadapan dengan sokongan rakaman 720p, manakala kamera belakang 12-megapixel dengan sokongan rakaman 1080p, cip pemprosesan dwi-teras 1.7GHz, ruangan storan terbina sebanyak 32GB, sokongan NFC, dan didatangkan bersama-sama dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya.

Ia juga disertakan dengan tiga aplikasi media untuk para pengguna menikmati pelbagai jenis bentuk kandungan dengan mudah, iaitu Walkamn, Album dan juga Movies. Pada masa yang sama, peranti Xperia SL juga didatangkan dengan sokongan pengesahan PlayStation padanya.

Walaupun mengumumkan mereka akan membawa masuk Xperia SL ke Malaysia, namun Sony Malaysia tidak memberikan sebarang tarikh dan berapakah harga jualannya kelak di Malaysia.


TIPS & ULASAN