Cari @ Amanz

Facebook sebelum ini telah memberikan perhatian yang agak serius kepada platform permesejan mereka yang dipanggil Facebook Messages. Dan kini ia diteruskan, dengan terkini, pihak Facebook mengumumkan kemaskini antaramuka untuk Facebook Messages versi web, memberikan nafas baru dan lebih mudah untuk dinavigasi berbanding sebelum ini.

Kini, Facebook Messages dipaparkan dalam antaramuka dwi-panel, memperlihatkan mesej pada bahagian kanan, dan senarai rakan-rakan yang menghantar mesej pada bahagian kiri. Bagi mereka yang menggunakan aplikasi pengurusan emel pada desktop mahupun tablet, mungkin sudah biasa dengan antaramuka seumpama ini, yang mana lebih mesra dan menarik, berbanding paparan Facebook Messages sebelum ini.

Sokongan menambah gambar, emoticon dan sebagainya turut dipermudahkan berbanding sebelum-sebelum ini, selain sebuah kotak carian disediakan pada bahagian kiri, membolehkan anda mencari nama rakan anda untuk memulakan komunikasi bersama mereka. Dan tambahan, dengan antaramuka ini, mungkin lebih ramai pengguna Facebook akan gemar menggunakan emel @facebook.com yang boleh dikatakan tidak dipromosikan pengguna pada halaman selain Facebook.

Buat masa ini, ia diperkenalkan secara berperingkat, dan mungkin kita akan dapat melihat semua pengguna mendapatnya dalam masa seminggu dua lagi.

Sementara itu, apakah kata anda mengenai antaramuka Facebook Messages yang baru ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd